Tuesday, May 11, 2010

Kumpulan Yasin & Marhaban "KHAIRIAH" Tedong Pantai





Telah lama ditubuhkan..










Kumpulan ini diberi nama "KHAIRIAH" terdiri dari pelbagai usia..

Aktiviti bacaan marhaban selalunya dilakukan pada malam hari raya..










Selalu menyertai pertandingan-pertandingan..



Monday, August 10, 2009

Paluan Kompang!!



Pengenalan
Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.

Fungsi
Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau.

Cara Bermain
Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.

Thursday, July 30, 2009

Permainan Tradisional...Gasing




Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing




Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

Membuat Gasing


Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.


Cara Bermain

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.Pertandingan GasingPertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

Gasing Uri


Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.


Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.


Gasing Pangkah


Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.


Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.


Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.









Tuesday, July 28, 2009

Indahnya Kampungku!!!








Keindahan sawah yang terbentang luas...








Sesejuk mata yang memandang..

Asal Usul Kampungku...

Asal usul Kampung Tedong....Satu ketika dulu, diceritakan oleh orang-orang terdahulu bahawa terdapat sekumpulan petani telah datang melalui jalan laut dan singgah di kuala sebuah sungai lalu membuat penempatan sementara untuk berdagang dan bercucuk tanam dengan penduduk setempat...semasa pembukaan kampung tersebut telah berlaku banjir besar dan air melimpah membawa segala khazanah bumi turun kelaut...akibat dari banjir tersebut terbentuk satu laluan air berbentuk sungai .Pada ketika penduduk bergotong royong untuk membersihkan laluan air tersebut, keluar seekor ular tedong yang sangat besar menyusuri tali air tersebut...memandangkan kampung tersebut masih belum bernama maka mereka semua sepakat untuk menjenamakan kampung tersebut bersempena seekor ular dan kekal lah hingga sekarang dengan nama Kampung Tedong. Dari masa ke semasa tali air tersebut telah diperbesarkan dan kini diberi nama Sungai Tedong. Rasanya sudah 7 keturunan agaknya....dan paling membanggakan Kg Tedong telah diistiharkan sebagai Kawasan Putih oleh Kerajaan Tanah Melayu dan sejarah tersebut telah tercatit di Muzium Angkatan Tentera di Kementerian Pertahanan.